Posts

PENGERTIAN ISLAM, IMAN, IHSAN DAN HUBUNGANNYA.

  1.0 MAKNA ISLAM Islam dari segi bahasa merujuk kepada perbuatan patuh dan berserah diri kepada Allah. Mengikut syarak, Islam merupakan amalan taat kepada perintah Allah melalui ajaran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad. Islam merupakan agama yang terbina di atas rukun-rukun Islam sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis ini: عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُ مَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: " بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ". Maksudnya: Dari Abdullah Bin Umar ibn al-Khattab, yang berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Islam itu didirikan di atas lima perkara: bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji...